وَمَا هَٰذِهِ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا لَهْوٌۭ وَلَعِبٌۭ ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ لَهِىَ ٱلْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan
main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan,
kalau mereka mengetahui.”
[Qs. Al Ankabut: 64]
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum
keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki
syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat
kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....
إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Apabila matahari
digulung,
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ
dan apabila
bintang-bintang berjatuhan,
وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ
dan apabila
gunung-gunung dihancurkan,
وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ
dan apabila unta-unta
yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan),
وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ
dan apabila
binatang-binatang liar dikumpulkan,
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ
dan apabila lautan
dipanaskan,
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ
dan apabila ruh-ruh
dipertemukan (dengan tubuh),
وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ
apabila bayi-bayi
perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
بِأَىِّ ذَنۢبٍۢ قُتِلَتْ
karena dosa apakah dia
dibunuh,
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ
dan apabila
catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ
dan apabila langit
dilenyapkan,
وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ
dan apabila neraka
Jahim dinyalakan,
وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
dan apabila surga
didekatkan,
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ
maka tiap-tiap jiwa
akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ
Sungguh, Aku bersumpah
dengan bintang-bintang,
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ
yang beredar dan
terbenam,
وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
demi malam apabila
telah hampir meninggalkan gelapnya,
وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
dan demi subuh apabila
fajarnya mulai menyingsing,
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ
sesungguhnya Al Qur'an
itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍۢ
yang mempunyai
kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
مُّطَاعٍۢ ثَمَّ أَمِينٍۢ
yang ditaati di sana
(di alam malaikat) lagi dipercaya.
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍۢ
Dan temanmu (Muhammad)
itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.
وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ
Dan sesungguhnya
Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍۢ
Dan Dia (Muhammad)
bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang gaib.
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍۢ رَّجِيمٍۢ
Dan Al Qur'an itu
bukanlah perkataan setan yang terkutuk,
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
maka ke manakah kamu
akan pergi?
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌۭ لِّلْعَٰلَمِينَ
Al Qur'an itu tiada
lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ
(yaitu) bagi siapa di
antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ
ٱلْعَٰلَمِينَ
Dan kamu tidak dapat
menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan
semesta alam.
Surat At-Takwiir : 81
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa
datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w
"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan
siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari
padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di
hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang
yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya
air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"
Jawabnya:
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"
Tanya Rasulullah s.a.w.:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama
Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama
Sa'eir.
Kemudian Jibrail diam
segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari
ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi
s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai)
DariHadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan
dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa
neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu
mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat
mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah
mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung
mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah
mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik
mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak
mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap
pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut
setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah
setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai
diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua......Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya ang-orang yang menyembunyikan apa
yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK
MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw:
''Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang
mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian'
SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para
mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang
mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu
mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al
Quran
6. Imam atau Pemimpin
yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati
kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh
atau dianiaya
10. Orang yang mati di
siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang
beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang
yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada
Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Kuberpuasa (Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih
dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan
semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah
swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah
dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU
itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam
akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)